Sunday, June 1, 2008

Datuk Halik Zaman Tuan Punya Sarang Burung Layang Layang Putih, sedang menuai sarang burung layang layang dibangunan milik beliau sendiri yang terletak diJalan Papar Lama Kampung Langsat Kinarut untuk dijual kepada pelanggan pelanggan secara runcit. Gambar diambil pada 2hb.June 2008.

Gambar diambil pada 2hb.June 2008
(Pada 2hb.June 2008.) Sarang burung layang layang warna putih gred 1 ini sentiasa ada sahaja, ia tidak bermusim seperti di Gua Gumantung Sandakan bila bersarang bermusim.
pada 2hb. June 2008.

Biasanya sarang burung layang layang warna putih gred 1 ini dijual runcit mengikut harga di bangunan Kinarut RM150 satu sarang yang belum bersihkan. (Harga RM150 ini adalah harga promotion).










Thursday, May 22, 2008

Baka@Telur Sarang Burung Layang Layang@Walet

(Sebarang pertanyaan dan pembelian terus kepada tuan punya usahawan 'birdnest':-Datuk Halik Zaman H/P 019-5300911)
*********************************************************************

14 April lalu, saya dan beberapa orang kakitangan ke Guamantong Sandakan untuk membeli baka @ telur walet dari Jabatan Hidupan Liar Sabah. Tujuan utama telur-telur itu di beli adalah untuk digantikan ke dalam sarang burung Layang Layang Sereti (Burung yang menghasilkan sarang burung rumput). Tujuan ini adalah untuk proses pembiakan baka sarang burung Layang Layang @ Walet yang menghasilkan sarang burung putih dari air liurnya.

Alhamdulillah sepanjang tempoh pemantauan kami, kini sebahagian besar telur-telur telah menetas dan ada juga yang kini sudah mulai terbang. Ini bermakna kuantiti burung Layang Layang @ Walet yang menghasilkan sarang burung berwarna putih gred pertama, semakin menambah.

Saya banyak mendapat kunjungan daripada rakan-rakan dan kenalan di Sabah yang ingin membeli sarang burung mentah dan kapsul sarang burung.
Pelanggan saya majoriti terdiri dari kaum Cina, mereka menyatakan sarang burung merupakan satu tradisi permakanan yang sihat untuk kesihatan dalaman badan dan tenaga. Ada juga yang lebih senang mencuba kapsul sarang burung layang-layang saya. Terpulang kepada citarasa individu itu sendiri.

Dalam jangkaan saya, penghujung tahun 2009 atau selambatnya tahun 2010, bilangan hasilan sarang burung layang layang yang berwarna putih gred pertama akan mencapai satu target yang baik, memandangkan pada saat artikel ini ditulis, burung layang-layang yang baka putih sarangnya di gedung saya sudah mulai bersarang tanpa mengikut musim bersarang, ertinya setiap hari hasilnya ada. Alhamdulillah.

Bagi yang memerlukan untuk membeli sarang burung layang-layang mentah secara runcit ada juga dijual. Sila hubungi :- Datuk Halik Zaman usahawan sarang burung layang layang diKg. Langsat Kinarut H/P 019-5300911



Sarang Burung Layang-Layang Putih @ Walet

Sarang Burung Layang-Layang Walet - Close Up


Burung Layang-Layang @ Walet di dalam sarang masing-masing