Tuesday, October 25, 2011

PERBAGAIKAN sarang burung walit DIBUAT KAPSUL BELAJAR MENERUSI GAMBAR GAMBAR



Gambar disebelah adalah sarang burung walit setelah dituai dari bangunan diJalan Papar Lama Kinarut. Bersedia untuk diproses diperbagaikan kegunaannya.




















Sila ikuti tunjuk ajar secara bergambar memproses pembersihan sarang burung walit secara manual. Kena hati hati dan teliti. Jangan turut jalan mudah pembersihan seperti kebanyakkan orang buat membersih sarang walit menggunakan kimia. Membersih bulu dalam sarang walit menggunakan kimia memang mudah dan cepat tetapi risikonya kimia adalah merbahaya untuk kesihatan manusia.

















Inilah proses pembersihan bulu walit yang melekat disarangnya selesai dibuat, maka sarang walit itu hendaklah direndam dengan air mendidih untuk mematikan kuman kumannya.
















Untuk memperbagaikan sarang burung walit agar dapat dimakan oleh manusia untuk berbagai kesihatan, ia kenalah dimasukkan kedalam oven yang panasnya diukur 250 darjah celcius selama 20 minit. Bila agak kering masukkan sarang burung walit itu kedalam blender kering. Kisar walaupun masih lembab. Setelah agak halus, masukkan kembali kedalam oven panasnya 250 darjah celcius tapi masanya cuma 10 minit sahaja. Bila dah kering, blender kering sekali lagi hingga halus semacam serbuk tepung. Sila lihat gambar.




Inilah serbuk sarang burung walit yang sudah diproses menjadi kapsul dan diperbagaikan untuk pemakanan kesihatan.



















Kapsul yang berisi serbuk sarang burung walit. Ia halal untuk dimakan oleh orang Islam. Tidak ada pantang larangan. Makan 1 kapsul sehari selepas makan malam. Baik untuk kanak kanak sekolah dan bayi dalam kandungan, untuk lelaki dan wanita, tidak kira usia. Khasiatnya sila cari dalam internet.

Sarang burung walit juga bagus dibuat sup campur sweet corn sup, gula batu dan kurma china. Pasarannya luas diseluruh dunia.

Tuesday, September 27, 2011

Halik Zaman Dapat Jemputan Ceramah Sarang Burung Walit

Di beritakan oleh Noor Diana Mohd Razis.


(Halik Zaman ketika ini tidak dapat dihubungi kerana berada jauh di pedalaman Rundum, adakala senang untuk di hubungi akan tetapi kebanyakan masa amat sukar untuk dihubungi)


PAPAR - Institut Pusat Kecemerlangan Koperasi yang beroperasi di Jalan Papar Baru, baru-baru ini telah menghubungi Halik Zaman dan menjemput beliau untuk memberikan ceramah tentang proses pemeliharaan sarang burung walit. Kursus berkenaan akan di adakan di pusat latihan berkenaan.

















































Gambar diatas menunjukkan sarang burung walit yang di kategorikan sebagai sarang burung nombor satu.

















Gambar diatas pula menunjukkan sarang burung walit yang belum lagi dikategorikan,


















Menurut Puan Mastizah Mohd Jaffar, beliau telah meminta Halik Zaman untuk memberikan ceramah tentang proses pemeliharaan sarang burung walit secara kompleks agar ianya mampu memberikan pulangan lumayan kepada setiap peserta kursus yang bakal hadir di Pusat latihan itu kelak.















Demonstrasi pembersihan sarang burung walit.

Monday, March 30, 2009

Swiflet birdnests...

Gambar-gambar sarang burung walit yang terbaru 14 Ogos 2011. Pembiakan burung-burung walit di Kinarut.



Halik.. "Diana, mari kita pergi naik ke puncak rumah walit."
Diana.."Ya kan sudah 2 hari kita tidak naik keatas.."
Halik.."Ayuh.."




Kelihatan dalam gambar tuan punya sarang burung walit Halik Zaman sedang mendodoi anak burung walit. (14 Ogos 2011)




Tangan yang memegang anak burung walit itu mendapat rezeki yang halal dari Allah swt.




Ini rezeki dari Allah swt. Pandai-pandailah menghargainya mungkin Allah swt kasihan kepada orang-0rang yang teraniaya.


Swiflet birdnests...










Sunday, June 1, 2008

Datuk Halik Zaman Tuan Punya Sarang Burung Layang Layang Putih, sedang menuai sarang burung layang layang dibangunan milik beliau sendiri yang terletak diJalan Papar Lama Kampung Langsat Kinarut untuk dijual kepada pelanggan pelanggan secara runcit. Gambar diambil pada 2hb.June 2008.

Gambar diambil pada 2hb.June 2008
(Pada 2hb.June 2008.) Sarang burung layang layang warna putih gred 1 ini sentiasa ada sahaja, ia tidak bermusim seperti di Gua Gumantung Sandakan bila bersarang bermusim.
pada 2hb. June 2008.

Biasanya sarang burung layang layang warna putih gred 1 ini dijual runcit mengikut harga di bangunan Kinarut RM150 satu sarang yang belum bersihkan. (Harga RM150 ini adalah harga promotion).










Thursday, May 22, 2008

Baka@Telur Sarang Burung Layang Layang@Walet

(Sebarang pertanyaan dan pembelian terus kepada tuan punya usahawan 'birdnest':-Datuk Halik Zaman H/P 019-5300911)
*********************************************************************

14 April lalu, saya dan beberapa orang kakitangan ke Guamantong Sandakan untuk membeli baka @ telur walet dari Jabatan Hidupan Liar Sabah. Tujuan utama telur-telur itu di beli adalah untuk digantikan ke dalam sarang burung Layang Layang Sereti (Burung yang menghasilkan sarang burung rumput). Tujuan ini adalah untuk proses pembiakan baka sarang burung Layang Layang @ Walet yang menghasilkan sarang burung putih dari air liurnya.

Alhamdulillah sepanjang tempoh pemantauan kami, kini sebahagian besar telur-telur telah menetas dan ada juga yang kini sudah mulai terbang. Ini bermakna kuantiti burung Layang Layang @ Walet yang menghasilkan sarang burung berwarna putih gred pertama, semakin menambah.

Saya banyak mendapat kunjungan daripada rakan-rakan dan kenalan di Sabah yang ingin membeli sarang burung mentah dan kapsul sarang burung.
Pelanggan saya majoriti terdiri dari kaum Cina, mereka menyatakan sarang burung merupakan satu tradisi permakanan yang sihat untuk kesihatan dalaman badan dan tenaga. Ada juga yang lebih senang mencuba kapsul sarang burung layang-layang saya. Terpulang kepada citarasa individu itu sendiri.

Dalam jangkaan saya, penghujung tahun 2009 atau selambatnya tahun 2010, bilangan hasilan sarang burung layang layang yang berwarna putih gred pertama akan mencapai satu target yang baik, memandangkan pada saat artikel ini ditulis, burung layang-layang yang baka putih sarangnya di gedung saya sudah mulai bersarang tanpa mengikut musim bersarang, ertinya setiap hari hasilnya ada. Alhamdulillah.

Bagi yang memerlukan untuk membeli sarang burung layang-layang mentah secara runcit ada juga dijual. Sila hubungi :- Datuk Halik Zaman usahawan sarang burung layang layang diKg. Langsat Kinarut H/P 019-5300911



Sarang Burung Layang-Layang Putih @ Walet

Sarang Burung Layang-Layang Walet - Close Up


Burung Layang-Layang @ Walet di dalam sarang masing-masing